Social Icons

Pages

Friday, 25 January 2013

BIODATA UMAR AL KHATTAB


Nama Penuh  : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza

Keturunan : Bani Adi, Quraisy

Tarikh Lahir  : 584 Masihi iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah

Tempat Lahir : Mekah Al-Mukarramah

Jawatan : Khalifah yang kedua daripada Khulafa' Arrashidin

Tarikh Menjadi  : Hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi
Khalifah

Tempoh Memerintah : Sepuluh tahun enam bulan

Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama Fairuz (Abu Lu'lu'ah)     

Gelaran : Al-Faruq (Pemisah antara hak dengan batin)..

KEHIDUPAN SAIDINA UMAR KETIKA REMAJA
  • Semasa jahiliah, beliau telah diberi kepercayaan oleh kaum Quraisy untuk menentang dakwah Rasulullah.
  • Beliau memiliki sifat berani.
KEHIDUPAN SAIDINA UMAR KETIKA BERUMUR 33 TAHUN
  • Saidina Umar telah mendapat hidayah Islam.
  • Beliau dengan berani mengisytiharkan keislaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar sedikit pun.
KEHIDUPAN SAIDINA UMAR SETELAH MEMELUK ISLAM
  • Saidina Umar terkenal sebagai seorang yang berani menegakkan kebenaran.
  • Keberanian Saidina Umar dapat dilihat dengan jelas ketika beliau hendak berhijrah ke Madinah.
  • Beliau telah mencabar sesiapa yang berani menghalangnya berhijrah ke Madinah secara terbuka.
JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB

(a) Pembangunan Negara
  • Mengemaskini Institusi Baitul Mal.
  • Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian serta membina saliran air.
  • Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir.
  • Membina sekolah-sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak orang yang baru memeluk Islam.
(b) Dakwah
  • Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Parsi dan Rom.
  • Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru tersebut bagi melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah.
  • Menghantar para ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah.
(c) Pentadbiran
  • Mengemaskini Majlis Syura. 
  • Mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiran seperti jabatan cukai dan harta, jabatan persuratan dan jabatan ketenteraan.
  • Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.
  • Mengasaskan undang-undang Hisbah.
  • Mengasaskan Taqwim Islam.

0 comments:

Post a Comment